Saturday, November 28, 2009

diskusi buku1

Baru-baru ini saya telah membaca sebuah buku yang amat menarik ntuk dikongsikan bersama. Buku tersebut ber genrekan buku agama dan pemikiran. Buku yang menyentuh berkenaan kewujudan Dajjal sebagai perancang konspirasi dunia sekarang. Tajuk buku tersebut adalah MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL ditulis oleh Muhammad Nurani Maarif. Buku ini amat menrik untuk dibaca kerana gaya penulisan yang santai dan berfakta diadunkan bersama untuk menceritakan suatu hal yang amat serius.


Buku ini mengandungi 8 bab yang disusun dengan baik mengikut peringkat-peringkat yang saptutnya untuk memudahkan kefahaman pembaca terhadap isu yang ingin diceritakan. Kefahaman pembaca berkenaan isu yang diceritakan semakain bertambah apabila melalui bab demi bab. Berikut adalah senarai bab yang dibincangkan dalam buku ini.


BAB 1: MEMAHAMI HAKIKAT DAJJAL
BAB2: DAJJAL BERLINDUNG DI SEBALIK MISTERI DUNIA
BAB 3: MENJEJAKI PULAU MISTERI ; TAMIM AD-DARI
BAB 4: PENGEMBARAAN LELAKI MISTERI BERNAMA DAJJAL
BAB 5: DAJJAL IN PERSON
BAB 6: SAAT KEMUNCULANNYA
BAB 7: PERSIAPAN MENGHADAPI FITNAH DAJJAL
BAB 8: BENTENG TERAKHIR: SURAH AL-KAHFI DAN TAUHID IHSAN


Semasa saya hendak mendiskusikan buku ini, saya terfikir adakah saya ingin mendiskusikan buku ini bab demi bab ataupun secara keseluruhannya. Lalu saya saya mengambil keputusan untuk meyimpulkan buku ini secar keseluruhan supaya perbincangan yang dilakukan boleh mencapah dan terbuka.


Penulis buku ini cuba mengambil hadith sahih yang diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Hamdan dan disampaikandari Fatimah binti Qais yang mendengar dari Rasulullah SAW yang menceritakan berkenaan Tamim Ad-Dari berjumpa dengan Dajjal disebuah pulau.


Hadith ini perlu diambil secara zahirnya tanpa perlu ditakwilkan kerana sebahagian yang mentakwilkan Hadith ini telah menyababkan bentuk sebenar Dajjal disalah fahami. Adakah Dajal itu individu ataupun kelompok ataupun hanya pemikiran ? penulis mengambil pendekatan untuk menilai Dajjal sebagai seorang individu atas beberapa nas dan dalil yang kuat. Penulis menegaskan bahawa bentuk sebenar dajal perlu dijelaskan kerana jika kita tidak mengenal bentuk musuh kita bagaimana kita hendak menentangnya seperti seorang budak yang hendak mandi di sungai tidak kenal buaya lalu mendapat cerita buaya seperti cicak sudah pasti budak tersebut berani mandi disungai tersebut tanpa persediaan ,tidak berhati-hati dan akan menjadi mangsa. Penulis juga cuba mengaitkan perihal dajjal dengan ibnu sayyad iaitu seorang sahabat di zaman rasulullah di dakwa adalah Dajjal.


Segala peristiwa dan kejadian misteri seperti batuan granie bulat di costa rica, tengkorak crystal, bongkah batu di Scotland, antikythera mechanism , Stonehenge di pulau easter, pyramid, ziggurat dan banyak lagi binaan dan alatan yang mempunyai perkitan yang rapat dan merupakan symbol ketamdunan yang mana dibelakangnya ada seorang ‘individu’. Individu yang mempunyai kebolehan akal yang tinggi, ilmu yang mendalam, pengaruh yang hebat dan yang memberi kesan yang besar kepada sesebuah ketamadunan. Semua perkara misteri tersebut dikaitkan dengan pembuatan teknologi yang tinggi yang tidak dapat di fikirkan oleh akal logic seperti ianya datang dari angkasa ataupun daripada masa hadapan . individu tersebut mempunyai team atau kumpulan tersendiri yang langsung atau tidak langsung bertindak sebagai kelompok yang membawa agenda individu tersebut dalam masyarakat seperti The Trule Society (antara tokoh yang terlibat Leonardo da Vincci, Francis Bacon dan beberapa yang terkenal), freemason, Illuminati dan seangkatan denganya.


Kehebatan individu tersebut terserlah dengan banyak konspirasi yang terancang dan peristiwa yang berlaku pada dunia sekarang amat berkait rapat dengan individu tersebut. Seolah-olah individu tersebut mengawal setiap kejadian yang berlaku untuk memastikan semua makhluk di alam ini tertakluk pada perancnagannya. Peristiwa seperti perang dingin, perang dunia kedua , peristiwa 11 september, kematian tokoh-tokoh besar dunia dan pelbagai lagi seperti dirancang oleh individu yang direelisasikan oleh golongan tertentu. Lalu penulis mengaitkan individu yang mempunyai perkitan dengan tamadun atlantis, segi tiga Bermuda, dipanggil sebagi merlin(mitos eropah) , dewa kaum madyan adalah individu yang sama dan dia adalah Dajjal.


Oleh itu, penulisan ini dibuat bukanlah hanya untuk dibentangkan fakta dan kesedaran semata-mata tetapi ia juga menyediakan beberapa penyelesaian untuk menangani fitnah Dajjal amat membingungkan ini. Pembentukan tauhid ihsan yang kuat dan kukuh dan ditambah dengan doa dan ayat Al-Kahfi ( hadith) diletakan sebagai penyelesaian yang terbaik kerana ini perupakan saranan dantegasan daripada Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat. Saya mengharapkan diskusi buku ini dapat membuka minda kita semua untuk lebih lagi mendalami keilmuan dengan pembacaan yang banyak dan bertalaqi dengan guru yang sebenarnya seupaya kita tidak jatuh kedunia kejahilan yang akan memusnahkan diri kita semua.

Monday, July 27, 2009

Kembara saya diteruskan…

kembara mencari kebenaran akan saya sambung kembali, sudah lama rasanya berehat sambil berjalan perlahan untuk menghirup udara di sebuah tempat persinggahan. Kembara ini bukalah kembara zahir tetai kembara minda dan pemikiran untuk mencari nilai dalam dunia.

Saya masih teringat bagaimana kembara saya mulakan semasa saya sudah boleh berfikir dengan baik. Saya mencari makna dan erti diri. Saya membuka pemikiran , saya menyerap apa yang boleh dijadikan bekalan dan membuat apa yang boleh dijadikan sampah. Saya takut dalam perjalanan saya menjadi berat kerana memikul benda yang tidak berguna dalam perjalanan , lebih saya takuti saya mengalami kemalangan dalam perjalanan kerana kemungkinan apa yang saya pegang dan ambil untuk bekalan itu bukan bekalan tetapi bom atau benda yang boleh memusnahkan saya dalam perjalanan

Sepanjang saya berada disekolah agama selama 3 tahun dari tngkatan 1-3, saya masih tidak berkeinginan untuk melakukan kembara. Kesedaran ada tetapi lemah. Namun takdir Allah, menentukan saya memulakan kembara di MRSM Serting, Negeri Sembilan.

Bersambung…..

Tuesday, April 7, 2009

memimpin perubahan vs mengubah kepimpinan

Penulisan ini adalah untuk mengutarakan pandangan terhadap dua bentuk konsep yang mungkin boleh menjadi panduan kepada bakal pemimpin , pemimpin semasa ataupun mantan pimpinan. 2 konsep yang agak kontroversi jika di bahaskan secara mendalam. Konsep-konsep ini mengambarkan pemikiran seseorang pemimpin dalam mengerakkan organisasi pimpinannya. Kebanyakan pemikiran manusia adalah cenderung dalam membuat kritikan dan mengubahnya dengan perkara yang baru. Begitu juga dengan kepimpinan . apabila sesuatu kepimpinan itu lemah, kebanyakan akan cuba untuk mengkritik dan mencari jalan untuk mengubahnya. Namun perubahan kepimpinan tidak semestinya akan membawa suatu kebaikan kemungkinan juga dengan perubahan yang berlaku akan menyebabkan lebih banyak kelemahan. Dimana silapnya?


Kesilapan besar pemimpin adalah mereka tidak mampu untuk memimpin perubahan. Mereka boleh mengubah corak kepimpinan mereka ataupun menggantikan kepimpinan mereka dengan pimpinan yang baru. Namun permasalah dalam kepimpinan tidak akan selesai jika mereka tidak berdaya dan mengikut arus perubahan . Ini bermakna mereka punca dan dasar kekuatan dalam suatu kepimpinan adalah kemampuan memimpin perubahan.
Mengubah kepimpinan adalah suatu yang mudah. Jika ada suatu permasalah atau kelemahan perkara utama yang akan difikirkan adalah mengubah corak kepimpinan ataupun mengubah kepimpinan . hal ini kerana, mengikut pemikiran mereka jika perubahan ini dilakukan ia akan mampu menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh kepimpinan yang lama. Sedangkan pengubahan kepimpinan yang dilakukan itu merupakan suatu eksperimen melalui hiposis yang menyatakan jika corak kempimpinan di tukar pasti ia lebih baik. Pemikiran ini hanyalah berbentuk teori dan ia memerlukan percubaan . kemungkinan ia akan berjaya dan kemungkinan gagal. Mengubah pimpinan mungkin salah satu faktor kejayaan organisasi namun ia bukan faktor primer atau utama. Faktor utama adalah kemampuan memimpin perubahan.


Sebagai contoh, kepimpinan di malaysia sudah 5 perdana menteri menjalankan tanggungjawab memimpin negara kini kepimpinan perdana menteri 6 bermula. Masing masing mempunyai kepimpinan tersendiri dan mereka mengubah kepimpinan mereka mengikut analisis mereka terhadap kepimpinan yang lepas dan cuba mencipta konsep yang baru. Seperti Dato’ seri tun mahadhir mengunakan konsep wawasan 2020, dato tun abdullah menggunakan konsep modal insan dan islam hadhari seterusnya dato seri najib mengunakan konsep one nation. Semua konsep ini diperkenalkan untuk menghasilkan kepimpinan yang cemerlang. Namun ianya tidak dapat jua menyelsaikan permasalahan rakyat yang perbagai dlam pelbagai bidang seprti agama, ekonomi , isu bangsa, dan pelbagai lagi. In jelas menunjukkan mengubah kepimpinan tidak bermakna akan menghasilkan suatu yang cemerlang. Mereka tidak mampu untuk memimpin perubahan rakyat.

Memimpin perubahan bukanlah suatu yang mudah ia memerlukan memikiran yang beraras tinggi dan mempunyai kemahiran generik yang baik. Pemimpin yang mampu memimpin perubahan akan mampu menjadikan perubahan tersebut dalam penguasaannya. Segala permasalahan dan kelemahan yang wujud dalam organisasi yang dipimpinnya boleh diselesaikan dengan mudah kerana pemimpin seperti ini mampu meluaskan pengaruhnya dilingkungan realiti. Perubahan adalah suatu yang realiti . menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji manusia ( sosiologi) manusia adalah makhluk yang wajib dan pasti akan mengalami perubahan. Perubahan daripada bentuk fizikal, pemikiran, tingkah laku, sifat, sikap dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia. Sesiapa yang tidak bloeh meraikan perubahan akan mengalami kesulitan dalam kehidupan. Pemimpin adalah manusia yang memimpin manusia dalam bentuk organisasi. Manusia yang dipimpin oleh pemimpin pasti akan berubah, jika pemimpin tidak mampu memimpin perubahan ini pasti kepimpinannya lemah dan hancur.


Banyak lagi hujah yang menyokong konsep dimana perlu kepada kemampuan memimpin perubahan. Cukup setakat ini dulu. Penulis berhasrat untuk menerima hujah yang akan di lontarkan oleh sahabat penulis yang mana menyokong pengubah kepimpinan adalah lebih baik daripada kepimpinan. Insyaallah, penulis akan cuba huraikan dengan lebih lanjut jika isi yang diberikan ini tidak memuaskan .